June 30, 2014 Speech
Assalamualaikum,
Saudara Saudari ahli AMCO,
Pertamanya, belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang penuh berkat ini. Saya yakin bahawa kita semua berazam akan melaksanakan ibadah puasa tahun ini dengan penuh kesungguhan dan ketaatan kepada yang Maha Kuasa.
Saudara saudari yang saya kasihi, dalam kita menghadapi juga kadar inflasi yang meningkat dan kuasa membeli yang semakin meruncing, kita seharusnya merencana perbelanjaan kita menjelang kedatangan Hari Raya Aidil Fitri. Langkah berjimat cermat untuk masa hadapan adalah pilihan yang terbaik.
Activiti AMCO sepanjang bulan Ramadhan ini akan dikurangkan bagi memberi peluang untuk ahli dikalangan muslim menumpukan fokus kepada ibadat khusus yang hanya terdapat dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita juga digalakkan berbuka bersama-sama untuk mengeratkan lagi perpaduan di antara kita. Semua ahli dianjurkan untuk berinteraktif di laman web AMCO (www.amco.org.com.my) agar tidak ketinggalan untuk menyertai pelbagai aktiviti yang bakal di sediakan.
Di bulan yang mulia ini, AMCO menasihati semua agar tidak menjadikan puasa ini sebagai penghalang untuk kita bekerja lebih tekun dan rajin agar kita dan Maybank semakin berjaya.
Bagi pihak ahli jawatan kuasa AMCO, saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa.
Zainurin Hj Zainal Abidin
Presiden
AMCO