Association of Maybank Class One Officers

AMCO

Contact us
CATEGORY ARCHIVES

GREETINGS

Selamat Hari Raya 2014

July 27, 2014 Greetings
Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya, Maaf Dzahir Batin.

Saya bagi pihak ahli jawatankuasa AMCO ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri kepada keseluruh ahli AMCO tak kira di mana mereka berada.

Hari Raya merupakan suatu hari menandakan kemenangan kita dalam usaha kita mengawal nafsu serta mengikuti perintah Tuhan dengan patuhnya. Ia juga suatu perayaan di mana kita saling bermaafan di kalangan kita disamping menyemarakkan rasa persaudaraan dan persahabatan di antaara kita semua. Kami berharap dengan sambutan Hari Raya ini dapat merapatkan lagi persefahaman dan kerja sama di kalangan ahli-ahli AMCO khasnya.

Sejak kebelakangan ini kita sering di gemparkan dengan tragedi-tragedi yang menyayat hati. Jadikanlah ianya suatu iktibar dalam kita menjalankan kerja kita seharian. Kita perlu lebih cermat dan berhati-hati agar sebarang musibah dapat di elakkan. AMCO juga yakin bahawa semua ahlinya adalah pekerja cemerlang yang sentiasa giat berusaha untuk diri dan Maybank.

AMCO juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan semua yang memandu dan menunggang pulang ke kampung halaman agar berhati-hati, menumpukan focus serta berhenti berehat apabila terasa letih. Ingat bahawa keluarga menanti kita untuk berhari raya dan bergembira.

Salam Aidil Fitri
Zainurin ZA
AMCO

+